Kean Bryan meletakkan pelawat di depan pada babak pertama selepas Sheffield United menewaskan Manchester United 2-1.

LONDON – Pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Sheffield United memalukan Manchester United selepas membuat kejutan menewaskan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu 2-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

United yang perlu menang apabila tetangga Manchester City merampas kedudukan teratas selepas membelasah West Brom 5-0 Selasa lalu namun gagal mempamerkan aksi terburuk di laman sendiri.

Kekalahan itu memastikan kemenangan pertama Sheffield di Old Trafford sejak tahun 1973.

Keputusan itu juga mengekalkan United pada 40 mata,  satu di belakang City namun skuad kendalian Pep Guardiola kini bermain kurang satu perlawanan dan berpeluang cerah untuk memenangi gelaran ketiga dalam tempoh empat tahun.

Sebelum perlawanan berkenaan, Sheffield United hanya mengumpul lima mata daripada 19 perlawanan.

Ia kutipan terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dan tidak pernah menewaskan Manchester United sejak tahun 1993.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi:

Brighton 0 Fulham 0

Burnley 3 Aston Villa 2

Chelsea 0 Wolves 0

Everton 1  Leicester 1

Manchester United 1 Sheffield United 2

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast