Gambar yang dimuatnaik di laman Twitter Tan Sri Annuar Musa.
KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan tentang gambar beliau bersama dua individu lain  sedang beriadah yang dimuatnaik di laman Twitter pagi semalam.
Berdasarkan keterangan gambar, dua individu itu adalah bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Dr Nordin Razak dan Datuk Nik Aminaldin Nik Jaafar.
Gambar tersebut menimbulkan komen dalam kalangan netizen dan juga pemimpin pembangkang yang antara lain berpendapat bahawa Annuar melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).
Ada juga yang berkata, hanya dua aktviti riadah dibenarkan iaitu berjoging dan berbasikal.
“Foto ini timbulkan teguran tentang SOP, saya faham sebab komentar berasaskan foto,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, dua individu bersama beliau itu sememangnya sedang melakukan riadah bersendirian bagaimana mereka bertiga terserempak di persimpangan Jalan Setia Bakti 1 .
Selepas itu, katanya, mereka berpecah meneruskan riadah masing-masing.
“SOP complied,” katanya lagi.
Menjawab mengenai ‘brisk walking’ tidak termasuk dalam kategori riadah dibenarkan, Annuar berkata, Dr Nordin dan Nik Aminaldin masing-masing berusia 78 dan 66 tahun merupakan warga emas.
Mereka, katanya, hanya boleh melakukan ‘brisk walking’ dan bukannya berjoging.
Beliau juga membalas ciapan M. Kulasegaran yang merumuskan gambar tersebut menunjukkan tiada penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka dan tiada tindakan diambil.
Annuar berkata, ciapan bekas Menteri Sumber Manusia itu mungkin disebabkan kehabisan modal. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.