Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tujuan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika syarat-syarat semakin longgar ketika kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat.

Jika begini pelaksanaannya adalah lebih baik dihentikan sahaja PKP supaya adil pada semua.

”Pasar tani buka, pasar malam buka, kilang buka, tapak pembinaan buka, kedai perabot buka, kedai emas buka, kedai pakaian dalam mewah dan fesyen buka, shopping mall buka. Sampai 10 malam.

”Sebenarnya kita buat PKP untuk apa memandangkan kes baru Covid masih semakin naik dan syarat semakin longgar?
Jika begini, hentikan sahaja PKP supaya adil pada semua,” katanya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Menurutnya, sebab itu dari hari pertama PKP, beliau menyarankan supaya PKP paling ketat dilaksanakan untuk dua minggu sahaja bagi memberi impak maksimum untuk menangani penularan Covid-19.

”Kita buat ketat-ketat dua minggu. Kerajaan beri bantuan secukupnya bagi semua untuk menghadapi dua minggu yang tegas itu.

”Beri peluang untuk hospital dan front-liners kita pulih. Tak dibuat,” katanya sambil menyifatkan pelaksanaan PKP sejak 17 hari lalu sebagai pembaziran.

Ini kerana, ujarnya, kes jangkitan Covid-19 tidak turun dan Malaysia sudah menjadi negara paling teruk dilanda virus ini di ASEAN.

Tegas Najib, tekanan ke atas sistem kesihatan dan barisan hadapan semakin berat hingga rakyat disuruh kuarantin dan rawat kendiri di rumah.

Jumlah kluster Covid-19 di tempat kerja juga semakin banyak tapi semakin banyak kelonggaran diberikan pada PKP.

Najib mendakwa kerajaan seolah-olah mahu keadaan kes Covid-19 tetap tinggi dan berpanjangan.

Oleh itu, katanya, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi penularan Covid-19 yang semakin parah pada bulan-bulan mendatang.

Tambah beliau, bila sekolah boleh dibuka semula pun menjadi satu tanda tanya yang besar.

”Jika sekolah buka pun, ibubapa pun terfikir nak hantar anak ke sekolah ke tidak sebab penularan Covid tetap tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Yang paling utama tingkatkan quota cekup dan kutip denda dari para pelaku ingkar SOP termasuk yang positive Covid-19 adalah bukti telah ingkar SOP juga, kan?

  2. Sembab sembab yidin ada akai jugk cara nk kekal lama berkuasa… Yiddin you are totally fail!!!!!

  3. Sebab nak hidupkan ekonomi yg abang Ajib sudah hancurkan. Kami la ni hidup untuk bayaq utang abang Ajib… 1MDB, dan projek merapu abang Ajib seperti bayaq dulu kerja NANTILAH… DLL

Comments are closed.