Arab Saudi melanjutkan tempoh larangan perjalanannya dan mengubah tarikh pembukaan semula sempadan dari 31 Mac hingga 17 Mei ini kerana kelewatan menerima vaksin Covid-19.-PIX Saudi Gazette

RIYADH – Arab Saudi melanjutkan tempoh larangan perjalanannya dan mengubah tarikh pembukaan semula sempadan dari 31 Mac hingga 17 Mei ini kerana kelewatan menerima vaksin Covid-19.

Sebelum itu Kementerian Dalam Negeri bercadang membuka kembali jalan masuk darat, laut dan udara negara itu untuk perjalanan berikutan penurunan jumlah kes Covid-19.

Pada 8 Januari, mereka juga menetapkan 31 Mac sebagai tarikh untuk melakukan semula penerbangan antarabangsa.

“Keputusan terakhir berdasarkan pada kenyataan oleh menteri kesihatan Arab Saudi yang menyatakan bahawa pengeluar vaksin Covid-19 telah gagal memenuhi tarikh akhir untuk pengiriman dan gelombang kedua virus yang menyebar dengan cepat ke seluruh dunia juga mempengaruhi tindakan itu,” kata kementerian yang sama.

Sebelum menarik balik sekatan perjalanan untuk orang Saudi dan membuka kembali sempadan, kerajaan memutuskan untuk menyuntik sebahagian besar populasi dengan vaksin terlebih dahulu.

Arab Saudi menangguhkan penerbangan pada bulan Disember 2020  setelah munculnya varian Covid-19 yang baru dan lebih menular. – MalaysiaGazette