Selepas mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 5,725 kes positif Covid-19 semalam, hari ini angka itu meningkat tiga kes menjadi 5, 728 kes.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Selepas mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 5,725 kes positif Covid-19 semalam, hari ini angka itu meningkat tiga kes menjadi 5, 728 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ia melibatkan sebanyak 5,723 kes tempatan dan lima kes import melibatkan dua kes warganegara dan tiga kes bukan warganegara.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 3,285 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 319 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan 120 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, jumlah kematian adalah 13 kes menjadikan jumlah keseluruhan korban ekoran Covid-19 adalah 746 orang.

Semalam, kes baharu positif Covid-19 melepasi paras 5,000 kes apabila sebanyak 5,725 kes direkodkan dengan 16 lagi kematian.

Kes yang dicatatkan hari ini merupakan kes tertinggi yang dicatatkan di negara ini sehingga kini.

Noor Hisham juga berkata kes sembuh hari adalah 3,805 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 161,527. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.