Covid-19 vaccine cancer survivors people with disabilities

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan pihaknya telah menjalani ujian kajian pertama vaksin Covid-19.

Menurut Twitter KKM, seramai 66 individu sihat telah dipilih bagi program itu.

“Kajian Vaksin Covid-19 yang pertama di Malaysia telah bermula hari ini di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

“Seramai 62 individu yang sihat telah dipilih menjadi sukarelawan. Suntikan bermula hari ini dan beberapa hari seterusnya mengikut jadual,” ciap kementerian itu hari ini.

Menurut KKM lagi, kajian klinikal fasa tiga itu adalah kerajaan antara Malaysia dan China yang dijalankan menerusi Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).

“Kajian sama turut dijalankan di Brazil. Kajian Klinikal Fasa 1 dan 2 telah dilakukan di China.

“Vaksin kajian menggunakan platform vaksin tidak aktif yang diperbuat daripada virus yang telah dimatikan,” jelas KKM lagi.

KKM juga berkata kira-kira 3,000 sukarelawan terlibat di seluruh negara bagi kajian ini.

Kesemua mereka akan menerima suntikan di sembilan hospital KKM yang terdekat yang dijadikan tapak kajian dibawah seliaan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast