Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Seorang pemuda berusia 26 tahun merupakan antara 10 kes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Mangsa merupakan antara tiga kematian yang dilaporkan di Hospital Tuanku Jaafar Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh lagi kes kematian pula masing-masing dicatatkan di Johor, Labuan, Sarawak, Selangor, Perak, Melaka, dan Terengganu.

“Daripada 10 kematian itu tiga merupakan wanita manakala selebihnya lelaki

“Selain pemuda yang meninggal dunia, dua lagi kes mati yang dilaporkan di Negeri Sembilan adalah kes ke-214249 iaitu seorang lelaki berusia 73 tahun dan berobesiti.

“Manakala wanita warga emas iaitu kes ke-214264 yang mempunyai berpenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan masalah kronik buah pinggang kronik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga hari ini sebanyak 770 kes kematian direkodkan di negara ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, tujuh lagi kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 40 hingga 80 tahun yang mana kebanyakannya mempunyai latar belakang penyakit hati kronik, penyakit darah tinggi, obesiti dan kencing manis. -MalaysiaGazette