Muhammad Suhaimi Yahya

KUALA LUMPUR – Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan (BPPWP), Izamuddin Ludin dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya bagi Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Wilayah Persekutuan, Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berkata, pelantikan itu dibuat susulan mesyuarat yang diadakan secara maya hari ini.

“Beberapa lagi pelantikan turut dibuat pada mesyuarat tersebut dengan tujuh daripadanya merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala 11 lagi daripada Pas,” katanya.

Muhammad Suhaimi berkata, jawatan Naib Pengerusi 1 pula diberikan kepada Azhar Yahya daripada parti Pas manakala Naib Pengerusi 2, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast