Suasana sayu melatari Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin sepanjang proses pengebumian jenazah Adik Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek disempurnakan.
Kira-kira pukul 12.45 tengah hari jenazah Amir selesai disemadikan dalam suasana hiba.
Kaum keluarga terdekat termasuk ibu angkat arwah Amir, Norlida Abu Hassan mengiringi perjalanan terakhir kanak-kanak berusia tujuh tahun itu, yang berita kematiannya mencuri perhatian seluruh negara.