KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) muncul pasukan pertama Liga Malaysia melancarkan jersi Home 2021 di semua platform sosial media Gergasi Merah semalam.
Apa yang menarik, ‘Legasi Mokhtar Dahari’ menjadi elemen utama dalam rekaan jersi Home tahun ini.
Allahyarham Mokhtar yang juga dikenali sebagai SuperMokh merupakan salah seorang legenda Selangor yang amat disegani dan merupakan ikon bola sepak Selangor dan Malaysia yang tersohor sehingga hari ini.
Menurut kenyataan rasmi, jersi tersebut mengambil inspirasi daripada rekaan jersi yang disarung oleh pasukan Selangor hanya sekali iaitu sewaktu final Piala Malaysia pada tahun 1986.
Mokhtar merupakan tonggak utama pasukan dalam menjulang kejuaraan Piala Malaysia yang ke-27 pada tahun tersebut. – MalaysiaGazette