Gelagat kanak-kanak orang asli melakukan ujian saringan Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Dewan Desa Temuan, Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes baharu positif Covid-19 hari ini sebanyak 4,284 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sebanyak 4,278 daripadanya penularan tempatan.

“Sebanyak 2,619 kes tempatan adalah melibatkan warganegara dan 1,659 kes bukan warganegara. Enam kes import melibatkan dua kes warganegara dan empat bukan warganegara direkodkan hari ini,” menurut Twitternya hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 307 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan sebanyak 141 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula direkodkan meningkat pada 3,804 kes berbanding 3,661 kes semalam.

Menurut Noor Hisham, jumlah kes sembuh setakat ini adalah 149,160 kes.

Dalam pada itu, jumlah kematian hari ini direkodkan pada 18 kes berbanding semalam yang tertinggi dengan 21 kes.

Kes kematian melibatkan 17 warganegara dan satu kes kematian bukan warganegara negara.

Kadar jangkitan Covid-19 di negara ini kini pada paras 177,794 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast