Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman filem BAKARA.

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pelaburan dan penerbitan filem syarikat yang  terdiri daripada pemain peringkat antarabangsa yang berpengalaman tekad untuk memenuhi cogan kata mereka, ‘dihasilkan dengan bangga di Malaysia oleh anak Malaysia untuk dunia’. 

Ditubuhkan pada tahun 2019, Longhouse Films memperoleh namanya daripada rumah  panjang yang berasal dari Sarawak bagi melambangkan watak berbeza dalam memainkan  peranan penting di bawah satu bumbung seperti dalam struktur syarikat Longhouse Films itu  sendiri.  

Inspirasi nama yang diilhamkan daripada tradisi rumah panjang itu merupakan satu warisan  penting negeri Sarawak yang melambangkan identiti pengasas Longhouse Films, Jon Chiew  sebagai anak Sarawak. Ia membawa maksud berteduh di bawah satu bumbung namun adat  bersatu-padu serta menunaikan tanggungjawab masing-masing senantiasa dijunjung tinggi. 

Jon yang memiliki pengalaman luas bekerja dengan studio utama seperti 20th Century Fox,  Universal Pictures dan Sony Pictures. Setelah mencipta nama di industri filem China 23 tahun, kini tiba masanya bagi Jon untuk berkongsi kepakarannya kepada industri filem Malaysia dan  bersedia memimpin pasukannya dalam membawa Malaysia ke tahap yang lebih hebat  setanding dengan standard antarabangsa. 

Watak penting lain untuk Longhouse Films adalah pengarah urusan mereka, Dianne Tan yang  merupakan tokoh korporat dan berubah menjadi maestro showbiz dengan memiliki  pengalaman pelbagai disiplin. 

“Longhouse Films mungkin kedengaran masih baharu, namun dalam masa yang singkat sejak penubuhannya, ia memiliki pasukan yang berpengalaman di bawah anak syarikat, MLabs System Bhd yang sibuk dengan barisan projek yang sedang berjalan dan akan datang. 

“Paling mengagumkan, kami akan bekerjasama dengan pengarah Adrian Teh, yang terkenal  dengan blockbuster 2018 Paskal: The Movie, untuk filem aksi terbarunya Bakara yang mula  penggambaran pada bulan Jun tahun ini dan akan menuju ke teater di Amerika Syarikat dan China pada musim panas 2022. 

“Longhouse Films juga terlibat dalam pelaburan dan pengeluaran beberapa filem seperti ‘Ada Hutan’ yang menampilkan sentuhan pertama pelakon Hairul Azreen sebagai pengarah  dibintangi Zahiril Adzim serta sitkom Malaysia My ‘Ofis’ bagi mengungguli penerbitan filem yang membawa identiti tempatan ke pasaran antarabangsa. Semua ini produksi bertujuan  untuk memasuki pasaran pada tahun 2021,” kata produksi itu dalam satu kenyataan di sini.

Barisan Pengurusan Kanan Longhouse Films yang kakal mengubah landskap industri filem Malaysia.

Sementara itu, Longhouse Films menerapkan elemen kerjasama dengan anak tempatan bertujuan untuk membangunkan satu budaya filem yang  tinggi di mana negara bukan sahaja perlu memiliki studio yang berkaliber dan canggih namun  pelakon-pelakon serta pengarah filem yang mempunyai prinsip dalam berkarya di Malaysia  untuk menghasilkan filem berjiwa tempatan yang bertaraf antarabangsa. 

Di peringkat global, Longhouse Films juga merupakan pengedar filem ‘Monkey King: A Hero’s  Journey to the West’ yang akan dilancarkan pada Mei tahun ini. Dihasilkan oleh Jon Chiew,  filem animasi itu diarahkan oleh bekas animator Disney Chris Bradley dengan pereka watak  Marvel Studio, Walter A. McDaniel sebagai pengarah seni. 

Pembikinan lain syarikat dalam perancangan termasuklah program idola Korea, ‘Transit Tour’  dan animasi Cina iaitu ‘The Legend of Er Lang’ serta siri romantis ‘Dear Mayang Street’. 

Longhouse Films juga akan memainkan peranan penting bagi beberapa projek naskah baharu  termasuk salah satu sekuel filem yang paling dinantikan iaitu ‘Hello Mr. Billionaire.’ 

Dalam pada itu, senarai karya yang panjang adalah bukti keupayaan dan kemampuan  Longhouse Films untuk memajukan perkembangan industri filem di Malaysia ke pentas  antarabangsa. 

Setelah memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam industri di luar negara, Jon dan Dianne  secara sihat telah berhubung dengan pemain industri di seluruh dunia terutamanya China  yang merupakan pasaran filem terbesar di dunia. Ini memberi mereka kelebihan untuk  memperkenalkan kandungan dan bakat Malaysia kepada penonton antarabangsa dalam  usaha mempopularkan budaya tempatan di luar negara. 

Longhouse Films percaya peningkatan penstriman video bakal menjadi prospek masa depan  industri filem tempatan dan dunia gara-gara impak pandemik Covid-19 ketika ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.longhousefilms.com atau @longhousefilms di  Facebook dan Instagram. – MalaysiaGazette