Sebahagian pelajar berbaris pada pergerakan pulang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPT) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komunit ke kampung halaman masing-masing susulan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 APRIL 2020
MEMANDANGKAN negara kita sedang hadapi penularan virus
Covid-19, persoalan ingin ditanya adakah kampus universiti
benar- benar sesuai dan selamat untuk dibuka pada bulan
Mac nanti? Selain daripada itu terdapat banyak lagi persoalan yang perlu ditanya khususnya kepada para pelajar seperti adakah para pelajar berasa selamat untuk bergerak pulang ke kampus masing- masing? Adakah para pelajar berasa selamat untuk bergerak dan berada dalam kelas?
Adalah pelajar berasa selamat untuk bergerak dan berada dalam perpustakaan? Adakah para pelajar berasa selamat untuk bergerak dan pergi ke kedai-kedai bagi membeli barangan harian mereka? Adakah para pelajar berasa selamat untuk bergerak menaiki pengangkutan awam bagi melakukan kerja atau tugasan akademik mereka? Adakah para pelajar berasa selamat untuk
bergerak dan melakukan pelbagai jenis aktiviti dan program
berkaitan dengan proses pengajian mereka kelak? Soalan
paling penting yang perlu ditanya, adakah para pelajar
mampu memberi tumpuan penuh terhadap proses pengajian
mereka dalam kampus nanti?
Baru-baru ini pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk membenarkan enam kategori penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkeperluan, untuk pulang ke kampus masing-masing mulai 1 Mac bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara hibrid, iaitu secara fizikal dan
dalam talian. Kategori pertama adalah pelajar program
pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan
Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
Kategori kedua membabitkan pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian, kategori ketiga, pelajar Asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hybrid, kategori keempat, semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom, kategori kelima, pelajar Berkeperluan Khas (OKU) dan kategori keenam pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
Sejak kebelakangan ini, negara kita telah menyaksikan
peningkatan jumlah kes jangkitan virus Covid-19 yang agak
tinggi. Kita juga tidak dapat pastikan sejauh mana jumlah
kes jangkitan virus Covid-19 ini akan terus dilaporkan tinggi
dalam negara kita. Adalah menjadi satu kebimbangan
sekiranya kampus dibenarkan untuk dibuka pada 1 Mac
kelak, para pelajar akan terdedah dengan risiko jangkitan
virus Covid-19 berkenaan.
Adalah penting untuk diketahui, para pelajar masih perlu bergerak untuk pulang ke kampus masing-masing dari rumah mereka. Proses pengerakan para pelajar boleh mendedahkan para pelajar dengan risiko jangkitan virus Covid-19 berkenaan terutamanya pelajar yang tinggal jauh dari kampus mereka sekiranya mereka tidak mematuhi saranan pencegahan yang telah diberikan. Sekiranya terdapat kes jangkitan Covid-19 dalam kampus, seluruh kampus mungkin terpaksa ditutup dan dikuarantin, sekali gus akan menyukarkan kehidupan pelajar yang terkandas dalam kampus kelak serta para pelajar yang ingin pulang semula ke kampung masing-masing.
Sekiranya sesi kelas secara fizikal dibuka dalam kampus pula, para pelajar ungkin terpaksa melalui pelbagai proses saringan kesihatan setiap hari sebelum mereka dapat masuk ke dalam kelas ataupun ingin bergerak ke mana- mana. Ini boleh menganggu tumpuan mereka terhadap proses pengajian mereka.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu memberi pertimbangan
untuk mengkaji dengan teliti arahan untuk pembukaan semula kampus ini.
Sebarang perubahan terhadap arahan terhadap pembukaan kampus ini perlu dilakukan dari awal bagi elakkan suasana kalam kabut timbul dikalangan para pelajar. Peningkatan kes jangkitan virus Covid-19 dalam negara kita semenjak kebelakangan ini adalah amat membimbangkan dan ianya tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak. Virus Covid-19 adalah sejenis virus baru yang amat bahaya kepada kesihatan manusia serta amat mudah menjangkiti orang ramai.
Apa yang lebih membimbangkan ialah tiadanya ubat khusus yang boleh mengubati mereka yang telah dijangkiti dengan virus ini dengan segera. Walaupun vaksin virus Covid-19 terbabit telah telah berjaya ditemui oleh beberapa buah negara maju namun proses pengedaran vaksin berkenaan ke dalam negara kita akan memakan masa tempoh yang lama kerana seluruh negara dalam dunia kini sedang sibuk berlumba-lumba antara satu sama lain
bagi mendapatkan vaksin berkenaan. Sementara menunggu
vaksin berkenaan sampai ke dalam negara kita dan diberikan kepada orang ramai dalam negara kita, langkah drastik perlu diambil bagi melindungi keselamatan dan kesihatan orang awam dalam negara kita daripada jangkitan virus Covid-19 ini.
Sepatutnya proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian dilaksanakan dengan sepenuhnya pada ketika ini kerana ia  paling  sesuai dan selamat untuk digunakan pada masa ini bagi melindungi keselamatan dan kesihatan semua pihak. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian ini, ia tidak wajar   dijadikan alasan untuk membenarkan mana-mana individu untuk dedahkan diri mereka dengan risiko jangkitan virus Covid-19 ini. Langkah harus diambil oleh semua pihak untuk melakukan proses penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ini supaya ia dapat dilaksanakan dengan jayanya demi keselamatan dan kesihatan para pelajar.
Dr. Muzaffar Syah Mallow,
Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ni bg sikit cadangan bagaimana cthnya pelajar perubatan nak jd doktor kalau tak diajar secara praktikal?? Nanti jd Dr. ubat pesakit guna online juga ka?

Comments are closed.