Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mendedahkan syarikat itu kerugian lebih RM450 juta dalam projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) di Arab Saudi.
Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerugian itu adalah disebabkan penglibatan Prasara dalam dalam operasi dan penyelenggaraan Projek MMMSL dari tahun 2015 hingga 2018.