Video tular dua wanita terjun apartmen adalah video lama berlaku di luar negara pada 2017 , menurut Bukit Aman foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran pegawai kanan berkuatkuasa 8 Mac ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali ditukarkan ke Bukit Aman dengan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Kekosongan yang ditinggalkan Mat Zani akan diisi SAC Lukas Anak Aket yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Ashari Abu Samah akan menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju (dengan memangku pangkat Supt) manakala Ketua Cawangan Khas Cameron Highlands, ASP Mohd Shamsuri Mohd Nor (memangku pangkat DSP) menggantikan Ashari.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ASP Hazri Mohamad akan menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Rembau dengan memangku pangkat DSP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast