Chong Ton Sin

KUALA LUMPUR – Penerbit buku kontroversi My Story: Justice in the Wilderness dikatakan tampil memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.

Pengasas Gerakbudaya Chong Ton Sin berbuat demikian selepas selepas pegawai Kementerian Dalam Negeri mengunjungi kedai buku syarikat itu di Petaling Jaya dekat sini semalam, lapor FMT.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang pengesahan dari polis mengenainya.

Buku yang ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas itu menjadi kontroversi kerana mendakwa mendedahkan banyak perkara yang sensitif.

Ia juga menerima kritikan daripada pelbagai pihak selain mendapat banyak laporan polis.

Ton Sin sebelum ini telah memohon maaf selepas terpalit dengan kontroversi menerbitkan buku bertajuk Rebirth yang muka depannya menggunakan Jata Negara yang diubahsuai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast