Jose Mourinho.

LONDON – Tottenham Hotspur terus mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)  setelah tewas 0-1 di tangan Chelsea dalam aksi derbi London awal pagi tadi.

Selepas tamat perlawanan pengurus, Jose Mourinho secara terbuka mengecam pengadil perlawanan dan mendakwa Andre Marriner telah membantu kemenangan Chelsea.

Mourinho mendedahkan selama ini beliau mengagumi Marriner dan mengikuti rapat perkembangan pengadil itu.

Namun kali ini dia mengaku terpaksa mengkritik pengadil itu.

“Saya menganggap dia sebagai salah seorang pengadil terbaik di Liga Perdana. Saya sangat mengaguminya sebelum ini. Ini memberi saya kedudukan yang baik untuk memberitahunya bahawa saya tidak menyukai penampilannya pada kali ini.

“Mereka mendapat penalti yang bukan penalti yang anda katakan adalah situasi berbahaya, satu lawan satu, hampir menjaringkan gol,” katanya.

Mourinho juga menuduh Chelsea tidak berhak menang kerana pasukannya yang lebih banyak mencipta peluang gol.

Sementara itu, ia adalah kemengan kedua Thomas Tuchel bersama Chelsea selepas mencipta satu seri dan satu menang sebelum ini. – MalaysiaGazette