Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 15 lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 daripada kluster yang ditemui adalah berkaitan tempat kerja, dua komuniti manakala satu lagi berkaitan kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, lima daripada kluster tersebut adalah di Selangor Johor (2), Sarawak (1), Pulau Pinang (1), Negeri Sembilan (1), Terengganu (1), Pahang (3) dan Kuala Lumpur (1).

“Kluster-kluster itu adalah Kluster Jalan Mokhtar, Kluster Jalan Enam Belas, Kluster Bandar Teknologi, Kluster Persiaran Jaya, Kluster Jalan Lima, Kluster Jalan Rumbia Dua, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jun Heng, Klsuter Tapak Bina Jalan Valdor, Klsuter Industri TTJ, Kluster Santong Paka, Klsuter Industri Bentong Sebelas, Kluster Hikmah Muadzam, Klsuter Taman Murni dan Kluster Jubilee,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, dengan penemuan 15 lagi kluster baharu itu, jumlah kluster Covid-19 yang ditemui setakat ini adalah sebanyak 876.

Katanya lagi, kluster-kluster yang mempunyai pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Rumbia Dua (133 kes), Kluster Sri Sengkang (112 kes) dan Kluster Industri Serkam (96 kes).

Ujarnya, sebanyak 434 kluster merupakan kluster aktif.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan dua lagi kluster tamat hari ini iatu Kluster Tapak Bina Jalan Ipoh dan Kluster Ziarah Putra.

Katanya, dengan penamatan dua kluster itu jumlah keseluruhan kluster yang tamat adalah sebanyak 442. – MalaysiaGazette