Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan dengan langkah kerajaan yang bersetuju secara prinsip untuk mewujudkan laluan hijau dengan Indonesia supaya warga kedua-dua negara boleh saling lawat-melawat tanpa dikuarantin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kebiasaannya Laluan Hijau Covid-19 hanya membabitkan negara yang berjaya mengekang penularan virus itu, seperti mana yang dimaklumkan oleh kerajaan pada tahun lalu.

”Sebab itu, Singapura gantung perjanjian laluan hijau dengan kita bulan lepas setelah penularan Covid melonjak naik di Malaysia.

”Dan sebab itu juga, negara Brunei tidak layan permintaan kita untuk wujudkan laluan hijau dengan kita apabila melihat penularan Covid Malaysia tidak terkawal,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Soal Najib, adakah Indonesia yang merekodkan sebanyak 12,156 kes baharu dengan 191 kematian pada hari ini serta 176,433 kes aktif boleh dikategorikan sebagai negara yang telah berjaya kawal Covid-19.

”Apakah jaminan bahawa mutasi baru dari negara tersebut tidak akan menular ke Malaysia melalui laluan hijau ini memandangkan negara itu merupakan sumber asal mutasi Covid pertama yang menular dengan 10 kali lebih laju dan mencetus gelombang ketiga Malaysia tahun lepas?,” tanya beliau lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Alhamdulillah abang Ajib suka BIMBANGkan rakyat. Masa jahanamkan 1MDB, buat kontrak BAYAR DULU KERJA NANTI2, dan lain2 tak pula rasa BIMBANG.

  2. LGE pun bayar dulu, terowong tak nampak juga. Bimbangkan rakyat dengan hutang 1 trilion dan banyak pelabur takut nak melabur. Membimbangkan rakyat dan masyarakat luar apabila mengatakan yg kerajaan cuma ada 400juta lebih sahaja untuk perbelanjaan sehingga hujung tahun dan memaksa rakyat marhaen ikat perut. Rakyat yg tak fikir akan cakap ye betul la kerajaaan nak bankrup. Itu rakyat, apa pula kata pemerhati luar negara? Apa pelaburan yg LGE n de gang bawa selama 22 bulan? Mat sabu mendakwa kapal terbang kita hanya 4 buah saja yg boleh terbang? Apa isyarat yg nak ditunjukkan kepada rakyat dan pemerhati antarabangsa? kerajaan dahulu korup, tak pandai mentadbir dan aspek keselamatan yg lemah? Apa signal positif yg Mat Sabu cuba sampaikan kepada rakyat? Adakah kenyataan ini menggembirakan hati rakyat?

Comments are closed.