Kadar kebolehjangkitan Covid-19 menurun pada 0.94 selepas berada di atas 1.0 (R-naught) untuk seluruh negara seminggu lalu.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 menurun pada 0.94 selepas berada di atas 1.0 (R-naught) untuk seluruh negara seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sasarannya adalah untuk mencapai R0 di bawah 0.6.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 Februari 2021 untuk seluruh negara adalah 0.94,” tulisnya ringkas di Facebook.

Bagaimanapun, beberapa negeri masih merekodkan peningkatan penularan virus.

Rt untuk beberapa negeri dan wilayah masih di atas 1.00 seperti iaitu Selangor (1.13), Kuala Lumpu (1.06), Johor (1.12), Melaka (1.09), Pahang (1.01), dan Sarawak (1.05).

Kadar kebolehjangkitan sesuatu virus diukur angka Rt, sekiranya angkat itu lebih rendah daripada 1.00, ia menunjukkan wabak semakin berkurang.-MalaysiaGazette