Halimah Mohamed Sadique

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan acara makan besar sempena Tahun Baru Cina diadakan dengan tidak  melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer (km) radius.

Menurut Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique  turut dibenarkan adalah aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari ini tetapi dengaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Berdasarkan kenyataan media, beliau berkata,  bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak boleh melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Tempoh waktu sembahyang bermula 6 pagi hingga 2 petang dibenarkan selama 30 minit dan diselangi dengan proses sanitasi.

Manakala bagi aktiviti sembahyang pada 19 Februari  pula kata Halimah, ia dibenarkan diadakan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baru Cina bagi Hokkien Clan.

Ujar beliau, pegawai-pegawainya akan memantau pematuhan SOP berkenaan di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] .

Justeru, Halimah menyeru masyarakat kaum Tionghua di Malaysia untuk menyambut perayaan tahun ini dalam norma baharu, sentiasa mematuhi SOP, menjaga kebersihan diri dan pastikan penjarakan fizikal.

Terdahulu beliau berkata, SOP yang telah ditambah baik itu   diputuskan menerusi Mesyuarat Teknikal MKN hari ini.

Mesyuarat tersebut  dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SOP Tahun Baru Cina, PM dengar luahan ramai – Ka Siong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. RASULULLAH telah memberi jaminan tempat SOLAT iaitu MASJID/SURAU adalah seBAIK tempat yg DIberkati ALLAH…Berbanding pasar kedai dn tempat2 awam…..masalah kenapa masih TIDAK DIBENARKAN SOLAT JUMAAT /FARDHU BERJEMAAH…utk umat ISLAM BERMUNAJAT SEPENUHNYA disamping usaha2 SOP/PKP…..MASJID /SURAU tutup pun KLUSTER wujud terutama kilang2/TEMPAT KERJA /penempatan PATI…..HARI ini dlonggar kpd 30 ORANG utk tahun baru cina ke tokong

    .Sepatutnya JEMAAH JUMAAT pun diberi 40-60 org dan solat fardhu 20 0RANG…MASJIDIL HARAM pun sudah dibuka beberapa bulan.

Comments are closed.