Hasil pemeriksaan premis berkenaan pada 7 Februari  lalu, Perhilitan merampas 60 ekor burung Mata Putih Timur, 11 ekor burung Pikau, empat ekor burung Tiong Mas dan tiga ekor burung Bayan Serindit.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)  Selangor merampas sebanyak 82 ekor burung pelbagai spesies yang disimpan tanpa sebarang dokumen penyimpanan rasmi di sebuah premis di Seri Kembangan.

Hasil pemeriksaan premis berkenaan pada 7 Februari  lalu, Perhilitan merampas 60 ekor burung Mata Putih Timur, 11 ekor burung Pikau, empat ekor burung Tiong Mas dan tiga ekor burung Bayan Serindit.

Turut dirampas dua ekor burung Daun, seekor ekor burung Pucung Kuak dan seekor burung Bayan Nuri.

Menerusi Twitter Jabatan Perhilitan, difahamkan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Selangor namun tidak ada dinyatakan siapa pemilik premis berkenaan.

Manakala semua barang kes dibawa ke Jabatan Perhilitan  Selangor untuk tindakan selanjutnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast