KUALA LUMPUR – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melaksanakan misi Mencipta Semula bagi memerangi rasuah.

Menurut pengerusinya, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, MDEC mempromosi proses dan urus tadbir yang mengutamakan kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan menerusi misi ini.

“Rasuah yang berleluasa terus memudaratkan golongan miskin dan paling rentan dalam masyarakat kita. Rasuah ‘menyakitkan’ kumpulan rentan dalam masyarakat kerana dana yang disediakan oleh kerajaan untuk pembangunan tidak sampai kepada mereka yang memerlukan.

“MDEC mempunyai komitmen jitu untuk melaksanakan ketelusan secara radikal, kebertanggungjawaban dan integriti di bawah misi ‘Mencipta Semula’ yang diyakini akan mendorong strategi agensi untuk bergerak maju bagi memastikan dapat berkhidmat kepada rakyat dan industri dengan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, di bawah misi tersebut, MDEC juga memperkenalkan Had Kuasa Budi Bicara Kumpulan (DAL) yang menentukan proses penggunaan sumber dan dana MDEC.

“MDEC telah melaksanakan langkah serius untuk meningkatkan pentadbirannya. Baru-baru ini , MDEC bekerjasama dengan KPMG dan Ernst & Young untuk mendapatkan nasihat dan kepakaran bagi mengukuhkan lagi tadbir urus dalam organisasi.

“Contoh yang paling jelas ialah MDEC telah menghapuskan proses rundingan secara terus dan amalan pelaksanaan tender tertutup yang telah digantikan dengan sistem tender terbuka,” tambahnya.

Sebagai langkah serius melaksanakan dan meningkatkan pentadbirannya, MDE juga ujar beliau baru-baru ini mengadakan bekerjasama dengan KPMG dan Ernst & Young.

Jelas Rais, kerjasama yang sama bertujuan untuk mendapatkan nasihat dan kepakaran bagi mengukuhkan lagi tadbir urus dalam organisasi.

“Contoh yang paling jelas ialah MDEC telah menghapuskan proses rundingan secara terus dan amalan pelaksanaan tender tertutup yang telah digantikan dengan sistem tender terbuka,” katanya.-MalaysiaGazette