Gelaran Datuk bagi pelakon Farid Kamil dan Boy Iman telah dibatalkan oleh Sultan Pahang.

KUALA LUMPUR – Gelaran Datuk bagi pelakon Farid Kamil dan Boy Iman telah dibatalkan oleh Sultan Pahang, lapor Bernama di Twitter.

Setiausaha Kerajaan Pahang menerusi satu notis makluman telah berkongsi senarai lima individu yang ditarik balik dan dibatalkan serta merta Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur yang diterima mereka sebelum ini.

Penama juga tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Tiga individu lain yang turut ditarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan ialah Wong Shee Kai@Ricky dan Tran Thi Mai@Maimunah, masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast