Kumpulan VE.

KUALA LUMPUR – Kumpulan VE menafikan penarikan diri oleh Shah dan Damian daripada kumpulan berkenaan bukanlah berpunca daripada pertelingkahan yang besar sesama mereka.

Salah seorang ahli kumpulan iaitu Zaf berkata, sebelum penarikan diri kedua-duanya tidak pernah berlaku sebarang perbalahan besar, cuma terdapat perbezaan pandangan sesama mereka.

“Memang tak ada pertelingkahan dan pergaduhan jauh sekali, namun ada isu-isu yang belum diselesaikan. Dałam sesebuah organisasi pun, perbezaan pandangan itu pasti ada.

“Dalam masa VE ambil keputusan nak aktif semula, setiap orang ada kerja masing-masing. Jadi, nak dapatkan masa untuk bersama itu agak payah,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Jelas Zaf, selepas Shah mahu menarik diri mereka ambil keputusan untuk bergerak empat orang.

Ujarnya lagi, mereka tidak dapat memasukkan Damian kerana mahu dia menyelesaikan terlebih dahulu hal-hal peribadinya.

“Segala keputusan yang dibuat ini tak ada berkaitan dengan masalah personal. Kita tak nak campur aduk antara hal personal dan kerja agar tidak melambatkan pergerakan kumpulan ini,” katanya.

Menurutnya lagi, biarpun Shah dan Damian tidak lagi menjadi anggota kumpulan, namun hubungan kesemuanya masih lagi baik.

Sementara itu, dalam keadaan sekarang, Zaf menjelaskan mereka tidak dapat melancarkan single yang telah dirakam sebelum ini iaitu Alahai Sayang.

“Sekarang ini kita dałam proses untuk siapkan single yang baharu dan sasaran kami ia akan siap pada bulan Mac,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast