Jumlah individu yang ditahan kerana merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran meningkat kepada 38 orang semalam berbanding 32 orang kelmarin.- Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang wanita yang mendakwa berlaku insiden gangguan seksual semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan kerana melibatkan integriti pasukan beruniform tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

“Kita minta pengadu tampil membuat laporan agar siasatan dapat dibuat secara menyeluruh dari sudut jenayah dan tatatertib.

“PDRM tidak akan berkompromi hal-hal sebegini ia bukan saja menjejaskan integriti malah menghakis kepercayaan orang ramai terhadap pihak polis,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Acryl Sani  telah mengarahkan unit komunikasi korporat PDRM membuat hebahan media bagi meminta pengguna jalan raya berkenaan tampil.

Terdahulu tular satu ciapan netizen di Twitter milik @sabiyusof yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika melalui SJR Jalan Duta.

Tangkap layar ciapan Twitter @sabiyusof mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual di SJR Jalan Duta.

Menerusi ciapan itu wanita berkenaan mendakwa anggota polis menyoal sama ada dia memakai coli atau tidak, selain memberi jaminan tidak akan mengeluarkan saman jika dia menunjukkan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dah tau tak pakai bra maka nampak tak pakai bra tentulah dah terbukak, so nak suruh bukak apa pulak. Sengaja gatai tak pakai bra bagi nampak terbukak. Ini gangguan seksual saja buat naya ke atas anggota polis.

Comments are closed.