Bekas Pengasas Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin bercakap pada sidang media mengenai saman fitnah atas tuduhan menerima RM7 juta dari UMNO di Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI, 13 OKTOBER 2017.

KUALA LUMPUR – Bekas penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad, Anina Saadudin terkilan dengan tindakan pegawai Menteri Kanan Keselamatan yang membuat laporan polis atas kritikannya secara terbuka terhadap pemimpin Perikatan Nasional di media sosial.

Katanya, dia pernah menyaman dan melawan Tun Mahathir ketika menjadi perdana menteri tetapi tidak pernah diheret kepada pihak berkuasa.

“Malah saya turut melawan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri hari ini tetapi tiada seorang pun dari tiga Perdana Menteri tersebut pernah membuat laporan polis ke atas saya.

“Untuk pengetahuan Datuk Seri Ismail Sabri, saya tidak pernah berasa takut melawan sesiapa pun malah saya tidak sama sekali takut untuk penjara atau jeriji besi kerana melawan manusia.

“Yang bercakap di video tersebut adalah Datuk Seri Ismail Sabri, malah saya kritik secara terbuka berdasarkan intipati pengumumannya.

“Datuk Seri Najib, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin pun dikritik dengan hal-hal yang berlaku bertahun-tahun sebelumnya namun kenapa Datuk Seri Ismail Sabri takut sangat dengan Anina Saadudin?” soalnya dalam status media sosialnya hari ini.

Anina mengulas tindakan pegawai Ismail Sabri hari ini yang membuat laporan polis mengenai dua video tular di media sosial yang didakwa fitnah dan salah satu daripadanya miliknya.

Beliau juga dalam kenyataan sama secara terang-terangan mencadangkan Ahli Parlimen Bera itu supaya memecat semua pegawai-pegawai ‘bodoh’ yang menasihatinya.

Anina menjelaskan seseorang pemimpin perlu berjiwa besar jika menjawat portfolio menteri Kabinet manakala mana-mana individu yang menjadi pegawai menteri perlu memiliki pemikiran yang cerdik.

“Belum lagi dikritik isu besar, baru isu video pun sudah report polis? Saya tidak boleh bayangkan jika Datuk Seri (Ismail Sabri) menjadi Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, jika nak gari saya atau nak penjarakan saya, silalah datang ke rumah. Hari ini saya baru mengenali Datuk Ismail Sabri yang sebenar,” katanya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua video fitnah babitkan saya, cuba timbulkan kebencian kaum – Ismail Sabri

5 Komen

  1. Kritik dan fitnah dua pekara berbeza.dah report polis biar je polis siasat tunggu je lah hasil dri siasatan.ikan di laut asam di darat klu tak usaha tak kan dpt

  2. Ismail sabri yaakob ini sejak dari tahun lepas suka menunjuk nunjuk kepada rakyat dengan pelbagai busana baju berbatik, bercorak serta berwarna warni semasa sidang media SOP serta menghebohkan jumlah orang awam ditangkap polis semalam akibat ingkar SOP saban hari. Sekarang pula di belakang pentas media, dia juga menunjuk kepada rakyat hiasan dan harta karun koleksi beliau seperti topi, kereta kebal, plak, bingkai gambar, arca dan macam2 di dalam rak dinding. Angkuh dan sikap menunjuk nunjuk kat orang

  3. Puad zarkashi terkilan beliau hanya tanya sahaja pun terima ugutan akan kena saman oleh PMO. Sekarang tiba pula seorang menteri kanan membuat repot polis. Kenapa tiada seorang pun yang berani saman Ah Jib Gor atau Bossku

Comments are closed.