KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun mendesak agar pihak berkuasa membuat siasatan segera mengenai dakwaan ganguan seksual terhadap seorang wanita, baru-baru ini.
Rina berkata, perbuatan terkutuk itu sama sekali tidak boleh dipandang ringan apatah lagi ia melibatkan anggota keselamatan.
“Dalam mengendalikan isu ini, saya amat berharap agar semua pihak saling menghormati dan tidak mempersoalkan kredibiliti keseluruhan institusi Polis Diraja Malaysia yang telah banyak berkorban dalam memastikan keselamatan negara.
“Usahlah kita menghukum ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelangaā€¯, kata Rina dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung satu dakwaan seorang wanita diganggu secara seksual anggota agensi keselamatan itu ketika melalui sekatan jalan raya berhampiran plaza tol di ibu negara, pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pengadu mendakwa ditahan seorang anggota polis ketika melalui sekatan di Jalan Duta (dari arah Kuala Lumpur).
Wanita itu diminta mengemuka lesen memandu dan mendakwa didatangi seorang anggota yang memintanya menunjukkan payudara dan mengugut akan mengeluarkan saman jika pengadu enggan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan wanita berusia 23 tahun itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, pada Sabtu.
Malah pihaknya juga telah mengambil keterangan beberapa anggota yang bertugas di SJR berkenaan.
Rina dalam kenyataan sama berkata, kementeriannya akan meneruskan usaha untuk menggubal perundangan khusus berkaitan gangguan seksual.
Beliau berkata, drafnya kini dalam semakan kerajaan untuk dibentangkan pada sidang Parlimen kelak.
“Perundangan khusus ini amat penting dan bersifat saling melengkapi kepada undang-undang sedia ada agar isu gangguan seksual dapat ditangani dengan lebih berkesan dan mampu melindungi mangsa, tanpa mengira wanita mahupun lelaki,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Pengadu sengaja tak pakai coli tunjuk payudara terbukak saja buat naya kat anggota polis.