Satu lokaliti di Sibu, Sarawak ditamatkan PKPD mulai esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Empat lokaliti, tiga daripadanya termasuk termasuk Kuarters Kakitangan dan PKRC Penjara Sungai Udang, Melaka akan ditamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok.

Manakala, satu lokaliti lagi iaitu Penjara Sungai Udang, Melaka Tengah masih menunjukkan peningkatan kes positif dan dilanjutkan PKPD dua minggu sehingga 2 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga lokaliti yang ditamatkan PKPD itu melibatkan Felcra Nasaruddin, Perak Tengah, Kampung Sungai Ud, Dalat, Sarawak dan di Peringkat 2 serta sebahagian Peringkat 1 Felda Bersia, Hulu Perak, Perak.

Ismail Sabri Yaakob

Katanya, ujian saringan di Felcra Nasaruddin oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati daripada 491 ujian dijalankan, sebanyak 20 kes positif Covid-19 direkodkan, begitu juga Kampung Sungai Ud, Dalat, sebanyak 41 kes positif daripada 2,042 ujian dan 29 kes positif dari 409 ujian di Felda Bersia.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di tiga lokaliti ini pada 16 Februari 2021 (esok) seperti yang dijadualkan.

“Bagi Penjara Sungai Udang, Melaka Tengah dan Kuarters Kakitangan, Melaka Tengah, Melaka yang dijadualkan tamat esok terpaksa dilanjutkan, tetapi selepas KKM melaksanakan 1,234 ujian saringan, secara kumulatif sebanyak 331 kes telah direkodkan.

“KKM mengesahkan peningkatan kes masih berlaku dalam kalangan tahanan dan terdapat baki 21 sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, penularan kes positif Covid-19 itu tidak melibatkan kakitangan dan ahli keluarga yang tinggal di kuarters berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast