CAPE CANAVERAL, Florida – Kenderaan robotik yang dilancarkan agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat (AS), Perseverance mendarat di planet Marikh hari ini, menamatkan langkah paling berisiko dalam usaha membawa pulang batu yang boleh menjawab sama ada terdapat kehidupan di planet itu.

Para pengawal di makmal agensi angkasa itu di Pasadena, California bersorak gembira ketika menerima pengesahan bahawa kenderaan enam roda tersebut telah mendarat di planet merah itu yang merupakan perangkap kepada kapal angkasa yang menuju ke arahnya.

Masa selama 11 minit 30 saat diperlukan untuk isyarat sampai ke bumi.

“Sah, medarat! Perseverance selamat berada di permukaan Marikh,” Pengawal penerbangan, Swati Mohan mengumumkannya.

Pendaratan tersebut merupakan lawatan ketiga Marikh dalam tempoh seminggu.

Dua kapal angkasa dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan China memasuki orbit Marikh pada minggu lalu.

Kesemua tiga misi itu yang dilancarkan pada Julai lalu mengambil kesempatan daripada penjajaran paling dekat antara bumi dengan Marikh, dengan perjalanan sejauh 300 juta batu (483 juta kilometer) selama kira-kira tujuh bulan, lapor agensi berita AP.

Perseverance adalah kenderaan paling besar dan tercanggih pernah dihantar NASA dan merupakan kapal angkasa kesembilan yang berjaya mendarat di Marikh.

Kenderaan bersaiz kereta yang kuasanya dijana daripada plutonium tiba di kawah gunung berapi Jezero pada kawasan sasaran berkeluasan 5 batu (8.0 km) dan 4 batu (6.4 km) di delta sungai purba yang dipenuhi lubang, cerun dan kawasang lapang dipenuhi batu.

Para saintis percaya jika terdapat kehudupan berkembang di Marikh, ia terjadi 3 atau 4 bilion tahun lalu ketika air masih mengalir di atas plenet tersebut.

Dalam masa dua tahun akan datang Perseverance,  atau nama jolokan Percy, akan menggunakan lengannya sepanjang 2 meter untuk menggali dan mengumpul sampel batu dengan mencari tanda-tanda kemungkinan terdapat kehidupan mikroskopik pada masa lalu.

Tiga atau empat dozen sampel bersaiz kapur papan hitam akan dimasukkan dalam tiub di sebelah kenderaan robotik itu dan kemudian dibawa pulang dengan menggunakan roket.

Sasarannya untuk membawanya ke bumi seawal tahun 2031,

Para saintis berharap dapat  menjawab soalan teologi, falsafah dan penerokaan angkasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast