Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) membuka sesi persekolahan pada saat-saat akhir amat mengecewakan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, keputusan itu langsung tidak memikirkan kesusahan ibu bapa yang telah bergolok-gadai untuk anak-anak mereka.

Soalnya, siapakah yang akan membayar balik keperluan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang telah dibelanjakan.

”Sekarang ni siapa nak bayar balik apa yang diorang dah belanjakan? DidikTV nak jadi apa? Laptop abah kau cakap tu dekat mana?,” tanya beliau.

Beliau berkata, walaupun penularan pandemik Covid-19 di negara ini sudah setahun namun persediaan yang dibuat oleh KPM tiada hala tujuan.

Coordination (koordinasi) entah ke mana, foolproof plan (sistem perancangan) entah ke mana. Semuanya keputusan semberono,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Betul tu..kami dah keluar duit beribu order laptop utk anak..tetiba ja sekolah dibuka….bengong betul

Comments are closed.