Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan mencipta sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu bermula di seluruh negara Isnin ini.

Kumpulan pelajar Tingkatan Lima terbabit mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan, namun pembelajaran bersemuka paling singkat – hanya sekitar empat bulan – semuanya gara-gara penularan pandemik COVID-19 yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.