Poster Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengucapkan selamat maju jaya kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula esok.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengucapkan selamat maju jaya kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula esok.

“Saya doakan semua calon diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Semoga anda semua memperoleh kejayaan dan cemerlang dalam kehidupan,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Menurut Muhyiddin, walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan kepada pembelajaran namun beliau yakin semangat untuk berjaya dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu mampu menyuntik semangat untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.

“Kepada semua calon, jagalah kesihatan dan jawablah soalan dengan tenang. Kepada guru dan ibu bapa, semoga didikan dan doa anda semua mengiringi kejayaan pelajar-pelajar kita. Insya-Allah,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast