KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi disini hari ini telah melanjutkan arahan larangan menghantar pulang pelarian Rohingnya sehingga 9 Mac hadapan.

Difahamkan, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membenarkan lanjutan arahan larangan dan akan membuat keputusan berhubung isu tersebut pada tarikh tersebut.

Mahkamah berkemungkinan membuat keputusan undang-undang baharu bagi membatalkan keputusan kerajaan menghantar pulang warga Myanmar itu.

Arahan lanjutan itu dikeluarkan terhadap kerajaan Malaysia termasuklah Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Imigresen memandangkan sebelum ini sudah ada rancangan untuk menghantar pelarian warganegara Myanmar ke negara asal semalam.

Jabatan Imigresen difahamkan akan mengusir sejumlah 1,086 pelarian Myanmar termasuk sebahagian daripada 1,200 pencari suaka yang disebut dalam cabaran undang-undang terhadap sebarang penghantaran pulang.

Mereka dipercayai telah dibawa pulang menaiki tiga kapal tentera laut Myanmar semalam.

Keputusan itu selepas mahkamah membenarkan permohonan oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Amnesty International dan Asylum Access berhubung perkara itu.

Prosiding pagi tadi telah disahkan oleh peguam mewakili Amnesty International dan Asylum Access, New Sin Yew.

Amnesty International dan Asylum Access sebelum ini mengemukakan permohonan berkenaan, antaranya mendakwa usaha itu akan menyebabkan tahanan terbabit berdepan bahaya, jika dihantar pulang.

Tentera Myanmar telah melakukan rampasan kuasa pada awal Februari dan menahan pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi hingga mencetuskan protes besar-besaran di negara itu.

Warga Myanmar yang akan dihantar pulang itu didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tinggal melebihi tempoh masa.

Selain itu, mereka bukanlah pelarian etnik Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar oleh pihak berkuasa negara itu. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tanah Besar China juga ada perasaan timbang rasa peri kemanusiaan beri perlindungan suaka kepada pelarian Chin, Shan, dan Karen di utara Myanmar bersebelahan dengan sempadan selatan China supaya dapat meringankan beban Malaysia meringankan beban Bangladesh yang juga beri perlindungan suaka kepada Rohingya.

  2. Myammar minta warga mereka bukannya Rohingya yang mana mereka tidak iktiraf sebagai warga mereka. Jadi kenapa nak biarkan pesalah imigresen warga Myammar terus tinggal di Malaysia. Mereka mungkin penjenayah di negara mereka, jadi wajar mereka dihantar pulang. Sampai bila nak bela mereka?!

Comments are closed.