BERLIN – Seorang bekas anggota polis rahsia Presiden Syria, Bashar Assad didapati bersalah oleh mahkamah Jerman kerana memberi bantuan untuk mendera banduan, yang mana aktivis hak asasi manusia berharap kes itu akan menjadi rujukan kepada kes lain.

Eyad Al-Gharib didapati bersalah membantu melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun enam bulan oleh mahkamah negeri Koblenz, lapor agensi berita, dpa.

Ia merupakan kali pertama sebuah mahkamah di luar Syria memutuskan satu kes yang mendakwa pegawai kerajaan Syria  melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Pendakwaraya Jerman meminta prinsip perundangan universal untuk jenayah berat untuk membawa kes yang membabitkan mangsa dan defendan yang berada di Jerman.

Perincian mengenai keputusan mahkamah itu tidak diperolehi, namun Al-Gharib boleh dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada sedekad.

Bagaimanapun para hakim boleh mengambil kira faktor beliau berpaling tadah dan keterangannya di mahkamah untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Al-Gharib dituduh menjadi sebahagian daripada unit yang menahan individu berikutan bantahan anti kerajaan di bandar Douma, Syria dan membawa mereka ke pusat tahanan dikenali Al Khatib, atau Cawangan 251, di mana mereka diseksa.

Lelaki berusia 44 tahun itu menghadapi perbicaraan pada tahun lalu dengan Anwar Raslan, bekas pegawai kanan Syria yang dituduh terlepas pandang penderaan tahanan di penjara yang sama berhampiran Damsyik.

Raslan dituduh mengawasi ‘penyeksaan ganas dan sistematik’ lebih 4,000 banduan antara April 2011 hingga September 2012, menyebabkan sekurang-kurangnya 58 orang mati.

Keputusan mengenai kes itu akan dilakukan pada tahun ini.

Pengarah Keadilan Antarabangsa Bersekutu di Human Rights Watch, Balkees Jarrah berkata, hukuman ke atas Al-Gharib ‘memberi harapan untuk warga Syria bahawa ia mungkin permulaan kepada laluan keadilan’.

“Perbicaraan ke atas dua bekas pegawai Syria itu di Jerman menunjukkan bahawa kemungkinan dengan dorongan dan ketabahan pendakwaraya untuk hari-hari mangsa yang berada di mahkamah,” katanya.

Bukti-bukti yang dikaji semula semasa perbicaraan termasuk beribu-ribu gambar mangsa penderaan oleh kerajaan Syria.

Gambar-gambar tersebut dibawa keluar Syria oleh seorang pegawai polis.

Para pegawai kerajaan Syria tidak memberi keterangan semasa perbicaraan itu.

“Sejak 10 bulan lalu, keberanian mereka yang terselamat telah menyediakan testimoni mengenai penderaan yang mengerikan yang dilakukan di rangkaian penjara Syria.

“Kes ini bukan sahaja menyuarakan peranan dua suspek itu tetapi juga membentangkan penderaan dan pembunuhan yang dilakukan secara sistematik oleh kerajaan Syrian terhadap beribu-ribu orang,” kata Jarrah.

Al-Gharib merupakan salah seorang pegawai yang bertugas di bawah Raslan.

Beliau yang berpangkat Sarjan Major ketika itu, yang mana unitnya didakwa terlibat memburu dan manahan sekurang-kurangnya 30 orang berikutan demonstrasi di Douma dan kemudian membawa mereka ke pusat tahanan di mana mereka didera.

Al-Gharib meninggalkan Syria pada 2013 dan datang ke Jerman pada 2018. Kedua-dua individu itu ditahan setahun selepas itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast