Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Larry Sng (Julau) menyerahkan Akuan Bersumpah menyokong kerajaan Perikatan Nasional kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Parlimen PKR masing-masing mewakili Tebrau, Johor dan Julau Sarawak mengumumkan keluar parti itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Perkara itu dikongsi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin di laman Facebook selepas  menerima akuan bersumpah daripada Steven Choong yang juga Ketua Cabang PKR Tebrau dan Larry Sng (Julau).

“Akuan Bersumpah oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya.
“Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara,” kata Muhyiddin.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Silapnya Tun Mahathir apabila menyatakan Tan Sri Muhyuddin Yassin PM yang lemah.

    Ternyata Tun Mahathir sudah ketinggalan zaman. Corak pimpinan sekarang bukan lagi bergantung kepada Perdana Menteri tetapi ianya bergantung kepada kebolehan mereka dalam bekerja secara berpasukan. Dalam model baru pemerintahan secara efektif (sila lihat tulisan Peter Northouse) , PM hanyalah seorang konduktor orchestra , manakala yang lainnya melaksanakan tugas mereka mengikut konduktor itu. Inilah yang dipanggil “orchestrated delegation skill”

    Sesuatu organisasi tidak lagi bergantung kepada seorang dua individu tetapi ianya bergantung kepada kebolehan pengikutnya dalam menjadi “team player ” dan bukannya lone ranger atau hero.

    Dalam suatu organisasi , it is not about who is more hardworking than others , but who is able to work together with others.

    Tun M , you have reached expory date. You have turned sour.

Comments are closed.