Hatice Cengiz. foto Agensi

ANKARA – Tunang kepada wartawan, Jamal Khashoggi menggesa Putera Mahkota Arab Saudi dihukum selepas laporan perisikan Amerika Syarikat (AS) mendapati kebenaran diberikan kepada pembunuhan tunangnya itu.

Khashoggi yang menetap di AS menulis untuk ruangan pendapat Washington Post mengkritik dasar-dasar Arab Saudi dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul dan anggota tubuhnya dikerat-kerat oleh satu pasukan yang dikaitkan dengan Putera Mahkota itu.

Pada Jumaat lalu, laporan perisikan AS mendapati putera itu telah meluluskan pembunuhan tersebut dan Washington mengenakan sekatan ke atas beberapa orang yang terlibat – namun tidak dikenakan kepada Putera Mohammad (bin Salman). Kerajaan Arab Saudi yang menafikan pembabitan Putera Mahkota itu menolak penemuan laporan tersebut.

“Adalah penting bahawa Putera Mahkota perlu dihukum tanpa dilengah-lengahkan.

“Jika Putera Mahkota tidak dihukum, ia memberi isyarat bahawa dalang utama pembunuhan boleh terlepas buat selama-lamanya yang mana akan membahayakan kita semua dan meninggalkan kesan kepada kemanusiaan,” kata Hatice Cangiz dalam akaun Twitter seperti dipetik Reuters.

Pada Jumaat lalu, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden mengenakan larangan visa ke atas beberapa warga Arab Saudi yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Khashoggi dan melaksanakan sekatan terdapat individu lain dengan membekukan aset mereka di AS selain melarang warga AS melakukan urus niaga dengan mereka.

Ditanya mengenai kritikan terhadap Washington yang tidak mengenakan sekatan secara terus ke atas Putera Mohammed, Biden berkata, pengumuman akan dibuat pada Isnin namun tidak memberi maklumat terperinci ketika para pegawai White House mencadangkan tiada langkah baharu dijangka dikenakan.

“Bermula dengan pentadbiran Biden, adalah penting kepada semua pemimpin dunia bertanyakan kepada diri mereka jika mereka bersedia untuk berjabat tangan dengan individu yang menjadi dalang sebagai pembunuh telah dibuktikan,” kata Cengiz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast