A contributor of the Employees Provident Fund (EPF) is making an application for the withdrawal of i-Sinar. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 DECEMBER 2020. income inequality
A contributor of the Employees Provident Fund (EPF) is making an application for the withdrawal of i-Sinar. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 21 DECEMBER 2020.

KUALA LUMPUR- Bayaran bagi permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataannya berkata, pemohon boleh mula membuat semakan hari ini dan sekiranya status masih belum berubah, semakan boleh dibuat pada hari-hari yang berikutnya.

“Ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat. KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan.

“Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” katanya.

Menurut KWSP, permohonan baharu yang tidak memerlukan kriteria pula akan dibuka 8 Mac ini.

KWSP akan mengambil masa selama lima hari bekerja untuk memproses permohonan tersebut.

Ahli-ahli boleh mula menyemak status dan tarikh bayaran selepas tempoh berkenaan.

Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat  dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Manakala bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam(6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03- 8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my. – -MalaysiaGazettePermo