Gambar hiasan.
RIYADH – Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi berkata mereka yang merancang menunaikan ibadah haji perlu menunjukkan bukti telah menerima vaksin Covid-19.
Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan dengan menyatakan vaksinasi merupakan ‘syarat utama’ kepada jemaah haji selepas menterinya, Tawfiq Al Rabiah berkata, ‘vaksinasi wajib’ diperlukan untuk semua jemaah.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak menyatakan sama ada musim haji yang akan bermula 17 Julai ini dibuka untuk jemaah luar negara.

Pada pada tahun lalu hanya jemaah yang menetap di Arab Saudi dibenarkan melakukan ibadah haji dalam usaha negara itu membendung penularan Covid-19.

Arab Saudi memulakan program vaksinasi pada 17 Disember lalu dengan vaksin Moderna, Pfizer dan AstraZeneca mendapat kelulusan penggunaannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast