Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Dua mangsa yang terperangkap dalam van kilang yang dihempap runtuhan struktur binaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) maut manakala tiga lagi termasuk pemandu van terselamat.

Kedua-dua mangsa yang maut adalah wanita.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast