PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sebuah hotel di sini untuk mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti berkenaan hari ini.
Beliau tiba pada pukul 4.32 petang.
Pucuk pimpinan Bersatu hari ini dijangka akan membuat keputusan berkenaan hubungan dan kerjasama mereka dengan UMNO.
Ia susulan keputusan UMNO menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada 19 Februari lalu yang memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.
UMNO juga difahamkan telah menyerahkan surat pemakluman keputusan parti itu kepada Muhyiddin pada 26 Febuari lalu.
Terdahulu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Ketua Srikandi Datuk Seri Rina Harun juga hadir ke hotel berkenaan.
Ahli MPT Bersatu lain yang turut kelihatan adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Zuraida Kamaruddin.
Untuk rekod. ahli Parlimen dari UMNO dan Pas bekerjasama dengan Bersatu membentuk kerajaan Perikatan Nasional pada tahun lalu.- MalaysiaGazette