KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang wanita sejak Isnin lalu akhirnya terungkai apabila mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam tong air berwarna biru.
Lebih menyayat hati, mangsa disyaki telah dibunuh oleh suaminya sendiri akibat cemburu. Mayat mangsa ditemui ditanam di sebuah ladang kelapa sawit dekat Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, Johor.