Sudah setahun Covid-19 berada di negara kita dan ketika itu jugalah ramai yang menghadapi pelbagai masalah ekoran virus itu.
Ada yang kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Mac tahun lalu.
Dan buat kali keduanya, PKP dilaksanakan semula yang akan turut membawa berita duka kepada segenap lapisan masyarakat.
Ikuti kupasan wartawan MalaysiaGazette, Azizul Osman yang menyelami jerih perit masyarakat yang terkesan dengan penularan Covid-19 sehingga ada yang depresi malah ada yang terfikir untuk membunuh diri.