Penduduk Kampung Pantai Sepat di sini mendapat khabar gembira apabila menerima kemudahan awam bernilai hampir RM500,000 yang bakal dimanfaatkan oleh penduduk dan pengunjungnya.

KUANTAN – Penduduk Kampung Pantai Sepat di sini mendapat khabar gembira apabila menerima kemudahan awam bernilai hampir RM500,000 yang bakal dimanfaatkan oleh penduduk dan pengunjungnya.

Bangunan kemudahan awam baharu tersebut diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Pantai Sepat melalui Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada satu majlis hari ini.

Menurut Setiausaha MBK, Hamizah Hamzah berkata, bangunan kemudahan awam tersebut bernilai RM481,775 itu disifatkan mesra pengguna.

“Kemudahan awam yang terdiri dua buah tandas, surau dan tiga unit bilik persalinan ini diharap dapat membantu membangunkan kawasan rekreasi Pantai Sepat yang kini semakin dikenali pengunjung.

“Dalam pada itu, pihak majlis berharap dengan penyerahan kemudahan awam kepada pihak JKK dan mereka dapat menjaga dan menguruskan dengan baik.

“Dengan adanya kemudahan seperti ini pengunjung dapat menggunakan fasiliti serta bekerjasama dengan penduduk kampung untuk menjaga kebersihan dengan sebaiknya.

“Ini adalah seiring dengan fokus MBK dalam melibatkan komuniti dalam aspek penjagaan kebersihan serta mewujudkan pengindahan dan kehijauan bagi kawasan sekitar Pantai Sepat seiring dengan slogan Kuantan sebagai Bandaraya Indah Lestari,” ujar Hamizah.

Majlis Penyerahan Pengurusan Kemudahan Awam kepada JKKK Pantai Sepat dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahim Muda.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast