Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan yang dikehendaki dalam siasatan kes video tular kerana didakwa memurtadkan seorang wanita Islam warga Indonesia berjaya ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan sekitar jam 12.50 tengah hari semalam.

Tangkapan dilakukan oleh pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman selepas suspek menyerah diri di Bukit Aman kerana mengetahui dirinya diburu polis.

Menurut Huzir, polis telah menerima laporan berkaitan tindakan suspek dan siasatan dijalankan berhubung kenyataannya yang bersifat menghina serta menghasut untuk memurtadkan wanita beragama Islam kepada agama Hindu.

“Siasatan kami mendapati suspek telah memuat naik klip video berdurasi tiga minit 11 saat melalui platform YouTube atas nama pemilik akaun Happy Family Malaysia pada pertengahan Februari lalu.

“Siasatan dijalankan oleh USJT D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan kita menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Huzir berkata,  polis turut merampas satu telefon bimbit berserta satu kad sim milik suspek untuk siasatan lanjut.

Ujar beliau, polis kini terlibat dalam usaha mengenal pasti dan mengesan sama ada terdapat individu lain yang turut terbabit dalam kes berkenaan.

“Penahanan suspek dibuat susulan siasatan yang dijalankan berhubung laporan mengenai kenyataan individu yang menghina Islam serta menghasut untuk memurtadkan wanita beragama Islam ke agama Hindu.

Terdahulu pada pertengahan Februari tahun ini satu klip video lelaki bukan Islam yang mengaku memurtadkan wanita Islam sebelum mengahwininya tular dalam media sosial Facebook dan Youtube.

Individu itu mendakwa cara untuk lelaki bukan Islam berkahwin wanita Islam ialah dengan terlebih dahulu menukarkan agama mereka di negara lain seperti Indonesia, Singapura atau India.

Tindakan itu menerima kritikan tegas masyarakat umum khususnya umat Islam di negara ini sebelum polis pada 18 Februari lalu melakukan pemeriksaan di rumah keluarga suspek.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Aiy yo yo tambipreet yenna dey, lu mau tes pancasila indon ada kebal ka?
    Lu tambipreet join sama geng Kulapreet ada kebal tau

  2. Tambi tu boleh jgk dikira telah menggugat keselamatan negara, dan jgk menggugat keharmonian kaum dan agama. Org jenis ni elok dihukum penjara mandatori. Bagi dia kursus sikit kt dlm penjara..

Comments are closed.