KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini membuat ketetapan membenarkan penganut agama Kristian di negara ini menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan buku agama selain digunakan dalam pembelajaran mereka.
Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Abdullah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan juga memutuskan penganut agama Kristian di negara ini juga boleh menggunakan perkataan Kaabah, Baitullah dan solat dalam penerbitan mereka.
Nor Bee Abdullah membuat ketetapan demikian dalam semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill yang mana keputusan itu dilakukan selepas mendapati notis larangan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak sah dan terbatal.
Semakan kehakiman oleh Jill telah berlarutan selama hampir 13 tahun.
Pada 11 Mei 2008, cakera padat berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’, telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
Susulan daripada itu Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah.
Selain itu, wanita tersebut juga meminta relif hak perlembagaan untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.
Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill serta memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. – MalaysiaGazette
Islam adalah agama anutan umat manusia dari seluruh pelusuk dunia.
Apa pula pandangan alim ulamak dari Arab Saudi, Mesir, Turki atau dari negara2 Islam lain berkenaan isu ini?
Harap juga dapat sedikit pencerahan dari menteri agama?
Harap pemimpin PAS dapat bersuara dalam hal ini. Dalam perlembagaan sebut kepada Kepercayaan kepada Tuhan tidak pula disebut kepada Allah.
Malaysia bisa praktek pancasila pelbagai agama dalam keluarga besar dong.