Form 4 History text book text books glorifying communists communism socialism UMNO Youth
Buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang didakwa menyelewengkan maklumat.

KUALA LUMPUR – Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara akan menjemput wakil Kementerian Pendidikan bagi mendapat gambaran sebenar berhubung kandungan buku teks sejarah Tingkatan 4 yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Selain Kementerian Pendidikan, pihak yang mencetuskan polemik iaitu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dua mantan Menteri Pendidikan serta beberapa pakar dalam bidang sejarah turut akan dijemput.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, ia bagi mendapat penjelasan yang seimbang dalam sesi pendengaran mesyuarat kaukus di Parlimen.

“Polemik kandungan buku teks sejarah Tingkatan 4 yang didakwa mempunyai unsur-unsur manipulasi fakta berkaitan ideologi komunis termasuk mewujudkan unsur-unsur mengagungkan komunis dalam perjuangan negara mencapai kemerdekaan perlu diberikan penjelasan yang sewajarnya oleh pihak berwajib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Razali, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara telah mengadakan satu mesyuarat secara maya bersama anggota jawatankuasa minggu lalu yang antaranya turut membincangkan soal yang sama.

Sehubungan itu, kaukus membuat ketetapan bahawa keperluan menjemput Kementerian Pendidikan serta pihak lain termasuk mantan menteri yang difikirkan wajar untuk hadir di depan sesi pendengaran mesyuarat kaukus kelak, katanya.

Sehubungan itu, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara akan mengutuskan surat rasmi menjemput Kementerian Pendidikan terlebih dahulu untuk hadir di depan sesi pendengaran mesyuarat kaukus dalam tempoh terdekat ini.

“Hal sedemikian sangat serius kerana polemik ini pastinya memberi kesan dan membabitkan golongan pelajar, guru, pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.

“Soal yang membabitkan pendidikan termasuk fakta sejarah perlu dilihat secara ilmiah dan intelektual, fakta yang benar dan tepat tetapi bukanlah terarah dari sudut mainan politik semata-mata,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bekas pejuang dan talibarut PKM dibiayai Tanah Besar China tanpa repatriasi mahupun deportasi diikhtiraf sebagai warganegara tempatan ceroboh tanah hutan simpanan tanam durian dan tergadainya tanah rizab Melayu terutamanya Penang dan Singapore lagi teruk.

Comments are closed.