Dr. Luqman Abdullah

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan menyeru umat Islam di negara ini supaya kekal teguh memelihara kedaulatan agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, meskipun dukacita dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi pihaknya percaya isu itu akan diselesaikan secara lebih harmoni dalam masa terdekat oleh pihak berautoriti.

“Merujuk keputusan meluluskan penggunaan kalimah Allah, solat, Baitullah dan Kaabah bagi tujuan pendidikan dan keagamaan oleh masyarakat bukan Islam, kita menyeru umat Islam kekal teguh memelihara kedaulatan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perlu diingatkan, sebarang hal yang menyentuh perihal agama secara tidak langsung berkait dengan nilai sensitiviti yang mesti dijaga dengan baik.

“Sekiranya tidak mampu diselesaikan dengan cara yang lebih harmoni, dibimbangi bakal mencetuskan ketegangan antara agama serta kaum,” katanya.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu, membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain kalimah Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah solat, Baitullah dan Kaabah

Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Menurut Luqman, pihaknya berharap umat Islam negara ini terus kekal bersatu atas dasar aqidah Islam yang sahih berteraskan kerangka Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

“Ingatlah, bersatunya umat Islam adalah asas pembinaan khayra ummah (umat yang terbaik), sekali gus menjadi tauladan kepada sekalian umat manusia,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara, umat Islam dinasihatkan supaya mengukuhkan lagi tahap keimanan kepada Allah.

“Marilah kita berusaha memelihara ibadah seperti kewajipan solat fardu lima waktu, mendekatkan diri kepada Allah menerusi zikir munajat, meminta pertolongan kepada Allah dengan sentiasa berdoa kepadaNya, menjaga adab serta tatusila berasaskan akhlak Rasulullah SAW.

“Semua inilah yang akan menjadi dasar kekuatan umat Islam dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Itulah jadinya tafsir perlembagaan ikut pancasila indon ngomong bisa toleransi pelbagai kaum, budaya, dan agama macam adik-beradik keluarga besar Malaysia termasuk bekas pejuang dan talibarut PKM sekian lama dibiayai Tanah Besar China tanpa repatriasi mahupun deportasi disanjung hormat sebagai warganegara tempatan dong. Dasar apartheid sekian lama 30% ekonomi untuk majoriti pribumi Melayu supaya bukan pribumi dapat 70% ekonomi pun tak darurat. Apa nak buat dah muka tebal, kan?

Comments are closed.