Surat Dr. Xavier kepada Speaker Dewan Rakyat bertarikh 12 Mac 2021.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar telah memaklumkan keputusannya untuk keluar parti PKR kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, semalam.

Makluman itu dinyatakan menerusi surat bertarikh 12 Mac 2021 kepada Azhar beralamat Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Aras 1 Blok Utama, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

Dalam surat itu, beliau menyatakan telah membuat keputusan untuk menjadi seorang Ahli Parlimen Bebas yang menyokong blok kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hari ini, media dikejutkan dengan tindakan drastik Naib Presiden PKR itu yang mengumumkan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Xavier keluar PKR jadi wakil rakyat bebas sokong PN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast