Dr Xavier Jayakumar PKR Parti Bangsa Malaysia
Dr Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan untuk keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu menyatakan sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang sebagai wakil rakyat bebas.

“Saya akan meneruskan khidmat di kawasan dan menyokong kerajaan dan yakin dapat memenuhi janji-janji saya kepada penduduk Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, bekas menteri pada zaman Pakatan Harapan itu kecewa dengan tindakan sesetengah pihak mahu meneruskan pilihan raya umum dalam keadaan pandemik yang tidak mengizinkan.

Xavier menyertai PKR sejak 1998 dan memegang pelbagai jawatan baik parti dan kerajaan sebelum ini.

Sebelum itu, dua ahli Parlimen dari PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) telah meninggalkan PKR pada Februari lalu.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Apa kata PAS sbg komponen PN? Jgn lupa sidang media Dr. Xavier ini dgn pemimpin2 PH masa kes pembunuhan Adib..mrk salahkan polis. Dan jgn lupa beliau ini lah yg lantang mendesak pengusiran pendakwah Zakir Naik dari Malaysia..nak saya senarai kan semua kah? Rakyat tunggu ‘istiqamah’ PAS dlm hal ini…

Comments are closed.